Friday 29 May 2015

DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA RAHSIA



DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA RAHSIA


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ خُذُواْ حِذۡرَڪُمۡ فَٱنفِرُواْ ثُبَاتٍ أَوِ ٱنفِرُواْ جَمِيعً۬ا
Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.-surah An Nisa’ ayat 71

Fakta Sejarah

1.Setelah turunnya wahyu yang pertama(surah al-alaq 1-5),Rasulullah berdakwah untuk  islam secara rahsia dan sembunyi di Makkah.Rasulullah menyeru secara rahsia kerana berhati-hati dari kaum Quraisy dibimbangi mereka terkejut dengan ajaran islam lantaran pegangan kuat mereka terhadap fahaman penyembahan berhala.Baginda tidak menzahirkan dakwah islam dalam majlis-majlis umum dan baginda tidak berdakwah melainkan terhadap individu terpilih dari kalangan keluarga dan sahabat handai yang mengenali baginda.(Fiqh sirah-ramadhan al buti m/s 68)

2.Golongan yang mula-mula memeluk islam ialah :-
  • ·         Khadijah binti khuwailid r.a
  • ·         Ali bin Abi Talib r.a
  • ·         Zaid bin Haritsah r.a
  • ·         Abu Bakr bin Abi Qahafah Assiddiq r.a
  • ·         Usman bin Affan r.a
  • ·         Zubair bin Awwam r.a
  • ·         Abdul Rahman bin Auf r.a
  • ·         Saad Bin Abi Waqqas r.a dan lain lagi

Mereka semua berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan bersembunyi,mereka akan pergi ke lembah Mekah yang tiada orang apabila ingin beribadat kerana dibimbangi dilihat oleh kaum Quraisy(Fiqh Sirah-Ramadhan Al Buti m/s 68)

Mengikut pendapat Syeikh Mustafa Sibaie dalam kitab Sirah Nabawiyah Durus wa Ibar.Adapun orang yang mula memeluk islam ialah khadijah,kemudian sepupunya Ali bin Abi Talib ketika itu berumur 10 tahun.Kemudian pembantu baginda Zaid bin Haritsah dan Abu Bakr Assiddiq.Adapun orang yang mula-mula memeluk islam dari kalangan hamba ialah Bilal Bin Rabbah al Habsyi.Berdasarkan kenyataan itu jelaslah bahawa Khadijahlah yang pertama sekali beriman kepada Rasulullah s.a.w.Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengerjakan solat pertama bersama Khadijah pada petang hari isnin.Solat  pada masa itu adalah 2 rakaat siang dan 2 rakaat malam(Mustafa Sibae-Sirah Nabawiyah Durus wa Ibar m/s 17-18)




3.Rasulullah s.a.w memilih rumah Al-Arqam bin Abi al Arqam sebagai pusat tarbiyah dan mempelajari islam.Nama sebenarnya Al-Arqam bin Abdul Manaf bin Asad Al-Makhzumi,beliau adalah golongan awal memeluk islam,beliau juga menyertai Rasulullah berhijrah ke Madinah .Baginda pernah menghadiahkan kepada Al-Arqam sebilah pedang yang digunakan baginda  ketika peperangan Badar.Baginda melantik Al-Arqam sebagai Amil zakat pada waktu kecemerlangan Islam di Madinah.Al-Arqam wafat pada tahun 53 hijrah di Madinah,jenazahnya disolatkan oleh Saad bin Abi Waqqas.Rumah al-arqam terletak di bukit sofa,tempat Rasulullah bersembunyi.Disinilah pusat tarbiyah bagi golongan terawal memeluk islam sehingga jumlah pengikut islam seramai 50 orang termasuk Saidina Umar Al-Khattab.

4.Menurut Syeikh Al-Mubarakfuri,Rasulullah s.a.w memilih rumah al-arqam sebagai pusat tarbiyah kerana :-
·         Keislaman Al-Arqam tidak diketahui oleh golongan Quraisy
·         Al-Arqam adalah dari suku  Bani Makhzum yang bermusuhan dengan Bani Hasyim,Quraisy menganggap mustahil Rasulullah s.a.w bersembunyi di rumah musuhnya.
·         Al-Arqam adalah seorang remaja ,beliau masuk islam ketika berumur 16 tahun,maka golongan Quraisy berpendapat Rasulullah s.a.w tidak memberikan tumpuan kepadanya kerana mudanya,pasti Rasulullah akan memilih sahabat yang besar untuk dijadikan markas.
·         Rumah al-arqam terletak di Bukit Sofa,tempat yang difikirkan mustahil dapat berkumpul ramainya manusia kerana sukar ke tempat tersebut.
  (manhajun Nabiy fid Dakwah min khilali sirah sahihah-Dr Muhammad Makhzun m/s 144)

5.Teknik dan Strategi para sahabat berjumpa Rasulullah s.a.w di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam
·         Kaedah Saidina Ali dan Abu Zar ketika ingin bertemu Rasulullah s.a.w di rumah al-arqam,saidina Ali memberitahu Abu Zar jika bertemu perkara mencurigakan di tengah jalan menuju rumah al-arqam maka hendaklah memberi isyarat dengan mukanya.

·         Kaedah Ummu Jamil binti Khattab(adik saidina Umar alKhattab r.a) dan Ummul Khair Salma binti Sakhr(ibu saidina Abu Bakr Assiddiq r.a)ketika memapah Saidina Abu Bakr Assiddiq yang cedera parah dipukul Quraisy bertemu Rasulullah s.a.w di rumah Al-Arqam,kedua muslimat tersebut memapah Abu Bakr sehingga tidak berbunyi tapak kaki mereka,mereka keluar dalam keadaan bersandar keduanya sehingga sampai ke rumah Al-Arqam membawa masuk Abu Bakar ke dalamnya.
      (Ibnu Katsir-Albidayah wan Nihayah m/s 30 jilid 3)

·         Ibnu Said dalam kitabnya AtTabaqat menceritakan bagaimana Amar bin Yasir berjumpa Suhaib bin Sinan dipintu rumah al-arqam tanpa ada perjanjian,lalu kedua-duanya bertanya di antara satu sama lain sebab kedatangannya ke rumah al-arqam .Amar bertanya:Apa yang kamu mahu?Kata Suhaib:Apa yang kamu mahu?Kata Amar:Aku mahu berjumpa Muhammad dan mendengar kata-katanya,Jawab Suhaib:Aku juga begitu..Kedua-duanya masuk ke rumah al-arqam lalu dibentangkan tentang islam kemudian mereka duduk disitu sehari suntuk sehingga petang,kemudian kedua-duanya keluar dalam keadaan bersembunyi.(ibnu said-Attabaqat m/s 227 jilid 3)
(manhajun Nabiy fid Dakwah min khilali sirah sahihah-Dr Muhammad Makhzun m/s 145)

6.Para sahabat yang mengikuti tarbiyah Rasulullah s.a.w di rumah al-arqam akan menyebarkan dakwah islam kepada orang lain yang dipercayai,Saidina Abu Bakar As Siddiq berdakwah kepada orang-orang terpilih dari kalangan sahabat beliau yang sentiasa bermuamalah dengan beliau,maka beberapa sahabat masuk islam hasil dakwah Abu Bakar seperti Usman Bin Affan,Zubair bin Awwam,Saad bin Abi Waqqas,Talhah bin Ubaidillah dan Abdul Rahman Bin Auf.(Sirah Ibnu Hisyam jilid 1 m/s 268)

7. Rumah al-arqam berperanan menjadi pusat tarbiyah menerima penganut islam yang baru sehinggalah islamnya Umar bin Alkhattab pada zulhijjah tahun ke- enam dari kenabian Rasulullah s.a.w. Said bin Musayyab(ulamak besar Tabi’en) meriwayatkan bahawa: Islamnya Saidina Umar selepas penganut islam berjumlah 40 lelaki dan 10 perempuan,setelah keislaman Umar maka dizahirkan islam di Mekah.( manhajun Nabiy fid Dakwah min khilali sirah sahihah-Dr Muhammad Makhzun m/s 146)

33 comments:

  1. sangat membantu dan memiliki sumber yang pelbagai ���� terima kasih

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kenapa kamu menhina ini sumber maklumat kalau tidak suka sudah tak perlu dibaca haiyoo...

      Delete
    2. Bodo ke, otak mana hilng ehh ke dh bagi kat lembu lol

      Delete
    3. AHAHAHA...klau tak suka diam jgn hinaa..nnti dosaa

      Delete
    4. hei jangan kurang ajar dengan nabi kita sendiri ya this for si fabrejat m.a.m.p.o.s boleh baca sendiriya

      Delete
  3. Mmm sangat bagus saya berasa samgat memuaskan semoga awak sihat panjang umur

    ReplyDelete
  4. Fiqh sirah-ramadhan al buti m/s 68 jilid berapa,ya?

    ReplyDelete
  5. Non muslim dialu2kn utk membaca tp yg nak mghina tu sila tekan button pangkah yg ada kt skrin ye.TQ

    ReplyDelete
  6. Berikan nama surah yang berkaitan dengan dakwah secara rahsia

    ReplyDelete
  7. hai widadwdanbibfuisghuiagdgaobaili

    ReplyDelete
  8. Berapa lamakah Rasullallah s.s.w. berdakwah secara rahsia di Mekah?

    ReplyDelete
  9. good i have an exam so this really helping me thank you >:)

    ReplyDelete