Sunday 31 May 2015

MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W


PENGERTIAN MUKJIZAT

Para Rasul di kurniakan oleh Allah dengan berbagai mukjizat.Namun begitu mukjizat tersebut tidak sama antara seorang rasul dengan rasul yang lain walaubagaimanpun kesemua mukjizat itu daripada Allah.Matlamat utama mukjizat ialah,untuk membuktikan perutusan para Rasul yang benar daripada Allah serta melemahkan orang kafir quraisy yang menabur fitnah.

Berasaskan,anugerah dan kurniaan, mukjizat ia dapat membezakan diantara para nabi dan Rasul yang benar-benar,diutuskan oleh Allah,dengan para nabi palsu atau mereka yang mengakui diri mereka sebagai nabi,seperti: Musailimah Al- Kizbu.Al- Uswadu Al-Anasi dan lain-lain. Yang mana mereka itu, kesemuanya di kalagan nabi palsu.Mukjizat dari segi bahasa ialah melemahkan.Manankala dari segi istilah ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada rasul dengan izin Allah bagi membuktikan kerasulannya. 

Contohnya, nabi Musa di berikan mukjizat,dengan diberikan tongkat yang boleh,bertukar menjadi ular yang besar.Nabi Daud boleh melontar besi dengan tangannya dan nabi Muhammad s.a.w diberi Al- Quran,untuk berdepan ahli bahasa yang handal, dikalangan kaum arab.



JENIS-JENIS MUKJIZAT

Mukjizat di kurniakan kepada nabi ada 2 jenis iaitu mukjizat maknawi dan mukjizat hissi.

  1. MUKJIZAT MAKNAWI : Mukjizat yang sukar untuk difahami dan tidak dapat dilihat dengan jelas,kecuali menerusi: penelitian,kajian dan pemikiran yang mendalam.
         Contoh mukjizat maknawi ialah AL-QURAN

   2. MUKJIZAT HISSI : Mukjizat hissi ialah,mukjizat yang dapat dilihat dengan                             jelas ,menerusi pacaindera.Ia tidak memerlukan fikiran dan kajian yag mendalam.
      
       Contoh : Batu memberi salam kepada Rasul Allah s.a.w


Kesemua,itu adalah mukjizat Allah yang diberika kepada Rasul- rasul  yang di utuskan oleh Allah.




                        salah satu contoh mukjizat nabi Muhammad s.a.w ialah bulan terbelah dua















No comments:

Post a Comment