Sunday 17 May 2015

kisah nabi terakhir



SEJARAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad saw dilahirkan di Makkah, kira-kira 200 M di Makkah, pada hari isnin menjelang terbitnya fajar 12 Rabi’ul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 M. Dinamakan tahun Gajah karena pada waktu itu bala tentara Abrahah dari Yaman menyerang Ka’bah dengan maksud akan meruntuhkannya. Mereka datang dengan menunggang Gajah. Namun penyerangan itu gagal kerana Allah telah mengirim burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu dari neraka kepada mereka. Seperti yg diceritakan Allah swt pada surah Al Fiil.                                                                                                                                                             
Nama sebenar nabi Muhammad saw ialah Muhammad bin Abdullah.Nabi Muhammad berketurunan bani Hashim.Bapa nabi Muhammad saw bernama Abdullah bin Abu Mutalib.Ibunya pula bernama Siti Aminah binti wahab.

Sejak kecil lagi nabi Muhammad sudah menjadi anak yatim,Bapa Nabi Muhammad saw,meninggal dalam perjalanan pulang. Sehabis berniaga dari Syam lalu ia singgah di Madinah, kemudian jatuh sakit dan tiada lama meninggal dunia dan dimakamkan di situ. Ketika itu Nabi Muhammad saw masih di dalam kandungan ibunya berusia 2 bulan.

Semasa kelahiran nabi Muhammad saw beberapa keajaiban telah berlaku,antara keajaipannya adalalah nabi :
  • Nabi Muhammad saw di lahikan dalam keadaan sudah berkhatan.
  • Tali pusat nabi Muhammad saw telah terpitis dengan sendirinya.
  • Api kaum majusi telah terpadam dengan sendirinya.
Sebab daripada berlakunya keajaiban itu,kita tahu betapa mulianya,nabi Muhammad saw disisi Allah.Oleh itu sebagai umatnya,kita haruslah mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku keaatas nabi Muhammad saw.


Pertumbuhan badannya baginda begitu cepat.Ketika nabi Muhammad saw bermur 3 bulan beliau dapat berdiri, Ketika umur 5 bulan dapat berjalan, dan ketika berumur 9 bulan telah cukup kuat dan percakapannya lancar. Beberapa hari Beliau menyusu kepada Ibunya, kemudian diserahkan kepada Suwaibatul-Aslamiah untuk disusukan.Suwaibatu adalah hamba perempuan milik bapa saudara baginda yang bernama Abu Lahab.

Tearadisi masyrakat arab bandar ketika itu, mereka akan mencari wanita desa untuk anak-anak mereka.Ini dilakukan dengan harapan dapat menghindari kanak- kanak tersebut daripada penyakit yang terdapat dibandar, ia juga supaya kanak-kanak tersebut dapat membesar dalam keadaan sihat dan mulia,dan dapat menguasai bahasa aab dengan baik.

Setelah itu nabi saw diserahkan oleh Abdul Mutalib dan diserahkan kepada Halimatu As- saadiah untuk disusukan.Beliau adalahseorang wanita desa  yang miskin san tinggal di perkampungan bani Said.Ketika Halimatus mnyusukan nabi,belaku beberapa perkara  pelik ,antaranya adalah susunya bertambah banyak.Suaminya mendaptkan unta,dan mendapati untanya penuh dengan susu.Di perkampungan bani said,ternakan dan tanaman Halimatus mula sihat dan subur.Setiap hari mereka akan memetik hasil tanaman dan memerah susu,sedangkan tanaman orang lain tidak menjadi dan ternakan mereka kurus ini kerana pada waktu itu ada musim kemarau.Ini semua adalah berkat menjaga dan menyusakan anak kecil ini iaitu Nabi Muhammad saw.


Ketika Nabi Muhammad saw sedang bermain - main bersama anak Halimatus,dibelakan rumah, tiba-tiba dua malaikat menyamar sabagai lelaki yang berpakaian serba putih datang dan membawa baginda kesuatu tempat.Disitu,dada baginda dibelah dan dikeluarkan segumpal darah." ini adalah bahagian syaitan, "kata salah seorang malaikat sambil mencampakannya.Lalu hati nabi Muhammad di bersihkan dengan air zam-zam.Setelah peristiwa itu Halimatus As- Sadiah berasa bimbang lalu menghantar nabi Muhammad  saw kepada ibunya.


Aminah amat merindui anak yang tersayang,dia sentiasa mengigati nabi Muhammad saw yang berada dia dalam jagaan Halimatus As- Sadiah.Apabila melihat Halimatus As - sadiah datang bersama nabi Muhammad saw beliau rasa amat gembira.Halimatus mengatakan hasratnya untuk menyerahkan semula nabi Muhammad saw  kepada Aminah.Aminah berasa hairan,kerana sebelum ini Halimatus bersungguh-sungguh ungin menjaga nabi Muhammad saw.Sudah tentu ada peristiwa yang berlaku menyebabkan kamu ingin menggembalikan Muhammad kepada saya" tanya Aminah.

Halimatus menceritakan peristiwa yang berlaku keatas nabi Muhammada saw,dan mengatakan kembimbingan keselamatan nabi Muhammad saw.Aminah berkata kepada Halimatus " bertenanglah Muhammad ini bukan sebarangan orang ".Sambil bercerita panjang tentang peristiwa yang berlaku ketika megandungkan dan melahirkan baginda.


KESEDIHAN NABI MUHAMMAD SAW

Semenjak akhir-akhir ini Aminah asyik terkenangkan suaminya tercinta.Beliau berhasrat 
untuk menziarahi kubur suaminya yang terletak di Madinah.Nabi Muhammad saw pergi mengikuti ibunya ke Madinah.Ketika itu umur nabi Muhammad saw 6 tahun.

Nabi Muhammad dan ibunya pergi ke Madinahbersama seorang hamba mereka yang bernama Ummu Aiman.Sampai di Madinah mereka menziarahi kubur ayah Nabi dan juga melawat sanak saudara yang tinggal di Madinah.

Setelah sebulan tinggal di Madinahi mereka teringatkan kampung halaman. Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman ibu nabi Muhammad saw telah jatuh sakit.Beliau mendapat demam panas.Dan akhirnya Aminah meniggal dunia di Abwak.

Nabi Muhammad saw menjadi anak yatim piatu.Nabi Muhammad meneruskan perjalan pulang bersama-sama Ummu Aiman ke Mekkah dan tinggal bersam datuknya.Abdul Mutalib sangat sayangkan Nabi Muhammad  saw.

Setelah beberapa tahun berada di bawah jagaan datuknya satu lagi kedukaan melanda nabi Muhammad saw iaitu,datuknyanya pula meninggal dunia.Ketika itu umur nabi Muhammad saw 8 tahun.Sebelum menghembuskan nafas terakhir,beliau berpesan kepada Abu Talib supaya menjaga cucunya dengn baik.

Walaupun ketika itu nabiMuhammad saw masih kecil tetapi dia sudah merasai kesedihk e atas dua orang yang amat dia sayangi iaitu ibinya Siti Aminah dan datuknya Abdul Mutalib.

AL- AMIN GELARANNYA

Nabi Muhammad saw mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji.Perkara ini diakui oleh 
Al - Quran.Dalam firman Allah yang bermaksud (sesungguhnya kamu memiliki akhlak yang agong ) baginda adalah tokoh dikalagan bangsanya.Malah baginda juga contoh terbaik dikalangan seluruh manusia.

Baginda sentiasa menolong orang yang miskin dan susah.Baginda juga sentiasa mempertahankan dan menegakkan kebenaran.Khadijah menyisifatkanang baginda sebagai, "seorang yang sentiasa membantu orang yang dalam kesempitan,memuliakan tetamu dan menegakkan kebenaran"

Baginda seorang yang bijaksana.Baginda berjaya menyelesaikan perbalahan yang hampir menyebabkan peperangan saudara.Ini berlaku mereka berebut untuk meletakkan hajarul aswad di tempatnya ketika kaabah di bina semula.

Semua penduduk makkah mengenali nabi Muhammad saw kerana akhlaknya yang mulia dan ketokohanya.Oleh sebab itu,mereka mereka memberi gelaran " AL - AMIN " kepada baginda. Al- Amin bererti orang yang di percayai.


PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD SAW

Saidatina Khadijah adalah seorang janda kaya dan berbudi pekerti mulia.Beliua berasal daripada keturunan bangsawan.Beliau tertarik dengan nabi Muhammad saw setelah mendengar Maisarah menceritakan tentang kejujuran,amanah dan kebaikan akhlak baginda.Siti Khadijah mengatakan hasratnya untuk mengahwini nabi Muhammad saw kepada kawan rapatnya,Nafisah binti Muniyah.
Setelah mendengar hasrat,Siti khadijah,Nafisah pergi menemui nabi mengatakan hasrat khadijah.Bagindapun mengatakan persetujuan. Peristiwa ini di ceritakan kepada bapa-bapa saudara nabi Muhammad saw.Mereka semua setuju dengan pilihan baginda.Abu Talib pergi meminang Siti Khadijah untuk nabi Muhammad saw.

Urusan peminagan dan perkahwinan berjalan dengan lancar. Baginda melangsungkan perkahwinan selepas 2 bulan pulang daripada berniaga di syam. Mas kahwini bagi perkahwinan ini ialah 20 ekor unta betina.Nabi muhammad berkahwin ketika beliau berusia 25 tahun dan isterinya Siti Khadijah berumur 40 tahun. Mereka hidup bahagia dan menjadi contoh kepada umat manusia.


Hasil perkahwinan nab Muhammad saw dan Siti Khadijah baginda di kurniakan 6 orang cahaya mata,iaitu Qasim,Abdullah,Zainab,Siti Rokiyah,Fatimah dan Ummi Kalsom.


PEKERJAAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Sejak kecil lagi nabi Muhammad s.a.w sudah bekerja.Baginda dan juga saudara susuannya menggembala kambing di dusun bani said.Setelah kematian ibu dan juga datuknya,nabi Muhammad s.a.w di jaga oleh bapa saudaranya Abu Talib.Nabi Muhammad s.a.w mengembala kambing kepuyaan penduduk Makkah.Baginda menerima upah yang mencukupi untuk menampung kehidupannya.

Ketika umur nabi Muhammad s.a.w 12 tahun baginda pergi berniaga ke Syam bersama bapa saudaranya Abu Talib untuk kali pertama.Pada umur baginda 25 tahun nabi Muhammad s.a.w sekali lagi nabi pergi berniaga ke Syam.Kali ini,baginda menjadi ketua rombongan dan membawa barang dagagan milik isterinya Siti Khadijah.

Nabi Muhammad pergi berniaga ke syam di temani oleh khadam Khadijah yang bernama Maisarah.Perniagaan nabi Muhammad ke Syam baik dan mendapat keuntugan yang banyak.Antara barang dagagan yang di bawa oleh nabi Muhammad s.a.w ialah barangan kulit,sutera,batu aqiaq,batu permata,batu zamrud dan kurma.


TAHUN DUKA CITA NABI MUHAMMAD S.A.W

Tahun kesepuluh kerasullan nabi Muhammad s.a.w adalah tahun duka cita baginda.Pada tahun ini nabi Muhammad s.a.w kehilangan dua orang yang amat di kasihi.Mereka adalah bapa saudaranya Abu Talib dan juga insan yang amat di kasihinya iaitu Siti Khadijah isterinya.Abu Talib meninngal dunia pada bulan Rejab .Manakala Khadijah pula meninngal dunia pada bulan Ramadhan. Iaiti dua bulan setelah kematian Abu Talib.Ia di namakan tahun dukacita,antaranya di sebabkan :

  • Abu Talib adalah orang yang kuat mempertahankan nabi Muhamad s.a.w. Ketika baginda menyampaikan ajaran islam.Tetapi malangnya,beliau meninggal dunia dalam keadaan belum islam.Ini amat menyedihkan nabi Muhammad s.a.w
  • Setelah kematian Abu Talib,orang kafir Quraish semakin berani untuk menyakitinabi Muhammad s.a.w dan orang islam.
  • Siti Khadijah banyak membantu bagida,dengan seluruh kekeayaan yang dimilikinya.Beliau sentiasa memberikan semangat dan dorogan apabila nabi pulang dari menghadapi tindakan jahat orang kafir Quraish.Kini tiada lagi orang yang yang memeainkan peranan itu.
Sebab inilah nabi berasa sangat sedih,kerana insan yang selama ini berjuang bersama-sama beginda telah meninngal dunia.


ISRAK DAN MIKRAJ NABI MUHAMMAD S.A.W


Israk bermaksud perjalanan pada waktu malam dari masjidil haram di Makkah hingga ke Madjidil  Al -Aqsadi baitul maqdis.

Mikraj bermaksud perjalanan nabi Muhammad s.a.w naik kelangit yang ketujuh sehingga Sidratul Muntaha.

Israk dan mikraj juga merupakan suatu anugerah dan hiburankepada baginda setelah kematian dua orang insan yang sangat baginda sayang dan juga kasihi,mereka ialah isterinya Khadijah dan juga bapa saudaranya Abu Talib.

Israk dan mikraj merupakan anugerah sebagaimana firman allah yang bermaksud :

" maha suci allah yang telah menjalanka hambanya ( Muhammad s.a.w ) pada malam hari dari masjidil haram    (  makkah ) ke masjidil Al- Aqsa  ( palasten ).

surah al - israk : 1

Israk dan mikraj ini berlaku pada malam 27 Rejab tahun kesebelas ke rasullan,iaitu bersamaan 621 masihi. Nabi Muhammad s.a.w menaiki buraq dan baginda di temani oleh malaikat jibril.

Sebelum nabi Muhammad s.aw di israkkan, Allah telah memerintahkan Malaikat jibril supaya memmbedah hati nabi Muhammad s.a.w. untuk di cuci dan dimasukkan hikmah dan iman.

Pada malam israk dan mikraj,bumbung rumah nabi Muhammad s.a.w di Makkah terbuka dan jibril telah turun untuk menjemput nabi Muhammad s.a.w ke Baitullah.Ketika nabi Muhammad s.a.w baring ke Hijir Ismail diantara Hamzah dan Jaaffar,Jibril membawa sebuah bekas daripada emas.Bekas itu mengandungi iman dan hikmah.Lalu Jibril membelah dada nabi Muhammad s.a.w bermula dari bawah lihir hingga ke perut.

Jibril mengeluarka hati baginda s.a.w,dan cuci hati itu dengan air zamzam.Jibril memenuhkan hati baginda s.a.w dengan hikmah dan iman serta menutupnya kembali.

Setela peroses membelah dada selesai,di datangkan kepada baginda seekor binatang yang panjang bewarna putih,badan nye lebuh besar daripada haimar dan lebih kecil daripada dan boleh melangkah sejauh mata memandang.Binatang tersebut bernama Buraq.

Ia adalah kenderaan baginda untuk memulakan perjalanan dari masjidil haram di Makkah ke masjidil Al -Aqsa di palasten.Baginda menungang buraq tersebut dan malaikat jibril mengitingi baginda.

Semasa dalam perjalan baginda,Nabi Muhammad melawati beberapa tempat,antara tempat yang dilawati adalah seperti: Soif (Yasrib kemudian di tukar menjadi madinah ), Madin,Tursina,Syam dan Baitul Al -Ham. Semasa dalam perjalanan tersebut nabi Muhammad s.a.w teleh melihat beberapa peristiwa yang menakjub antaranya ialah :

  • Di perlihatkan sekumpulan manusia yang menanam dan menuai padi pada hari yang sama. Nabi di beri tahu oleh Jibril,mereka adalah sekumpulan orang yang di beri ganjaran berperang dan membelanjakan hartanay pada jalan Allah dengan Ikhlas.
  • Melihat sekumpulan manusia memecahkan kepala mereka kemudian kembali pada keaadaan asal,Ia berlaku berulang kali.Jibril memberitahu,nabi,mereka adalah kalangan yang sering meniggalkan solat yang di fardhukan ke atas mereka.
  • Sekumpulan orang yang berpakaian koyak rabak.Mereka dahulu seperti binatang serta diberi makanan pohon kayu berduri dari neraka.Jibri memberitahu mereja adalah kalangan manusia yang tidak menunaikan zakat hartanya.
  • Baginda juga melihat sekumpulan orang yang sedang berenang di dalam lautan darah dandi baling dengan batu.Jibril memberitahu,itu adalah orang yang memkan riba.
  • Nabi melihat orang yang memikul sambil memikul seberkas kayu api,namun mereka tidak mampu memekulnya dan di tambah lagi bebanannya di belakangnya. Jibril memberitahu mereka adalah orang yang di beri amanah dan tanggungjawab tetepi tidak dapat menunaikannya. 
Itu adalah antara beberapa peristiwa yang di perlihatkan oleh nabi,dan balasan yang di terima di atas setiap perbuatan seseornag itu. 

Setelah selesai baginda pergi semula ketempat Buraq yang di tambat.Jibril membawa baginda menunggang Buraq dan naik kelangit.

NABI MUHAMMAD S.A.W DI MIKRAJKAN KE SIDRATUL MUNTAHA.

Apabila baginda sampi dilangit pertama,Jibril meminta izin untuk melaluinya.Apabila di tanya Jibril menjawab : " bersama - sama saya Muhammad ".Lalu pintu langit pertama dibuka dan diizinkan masuk.Baginda berjumpa dengan beberapa orang rasul yang berada pada setiap lapisan langit hingga langgit ke tujuh.

Apabila sampai di Baitul Al- Makmur,iaitu di satu tempat yang dimana setiap hari seramai 70,000 malaikat masuk ke Baitul Al - Makmur.Mereka mereka tidak akan keluar sehingga hari kiamat.

Kemudian Jibril membawa nabi Muhammad s.a.w ke Sidratul Muntaha,dimana baginda mendengar suara kalam menulis. Apabila perintah Allah datang,keadaan sekeliling berubah dengan serta merta menjadi suasana yang begitu indah dan mempesonakan.

Baginda di iringi Jibril masuk ke syurga dan melihat segala nikmat,dan kemudian ke neraka dan melihat semia sifat dan seksaannya.Di Sidratul Muntaha nabi Muhammad juga dapat melihat rupa asal Jibril yang mempunyai  600 sayap.Kemudian Nabi MUhammad s.a.w seorang diri tanpa  diiringi Jibril naik ke Aras untuk berjumpa dengan Allah subhanahu Watala.































































































































































































































No comments:

Post a Comment